Selamat Datang ke EmisuBiz@Hyprobulksms..
"Jom Sertai Program Affiliate Multi-Tier
Terbaik Di Malaysia. Terbukti Lumayan Dengan 100% Komisyen.."

Tuesday, November 9, 2010

" CIRI-CIRI SKIM PIRAMID " - Penjelasan Tentang Isu Ini..

Ciri-ciri utama

1. Promosi sesuatu skim atau pampasan ialah semata-mata atau terutamanya melalui perekrutan peserta atau pengenalan peserta dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid daripada jualan produk, perkhidmatan atau harta tidak ketara oleh peserta.

2. Pampasan dibayar kepada peserta semata-mata atau terutamanya melalui perekrutan atau pengenalan orang lain dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid berbanding jualan produk, perkhidmatan atau harta tidak ketara oleh peserta atau orang lain.

Dlm Hypro ada tiada istilah pampasan...Yang di beri kepada ahli adalah komisen 100% yg dibayar bdasarkan jualan produk,produk terjual,baru dpt komisen. Satu lg,dlm piramid scheme,org join lewat xleh lintas income yg join awal,dlm Hypro join bila pun,komisen anda tetap lintas org awal jika rajin...Walau bagaimanapun, penekanan kepada produk akan lebih di titik beratkan lagi dalam setiap rangka promosi dan slide preview


Ciri-ciri kecil

1. Suatu kontrak bertulis atau pernyataan yang memperihalkan terma material perjanjian tidak disediakan kepada peserta yang menyertai skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid.

Semasa pendaftaran ahli baru, memang syarat-syarat penyertaan tidak di sediakan dalam borang pendaftaran online. Selepas ini syarikat akan usahakan untuk mengadakan syarat-syarat ini dan semua ahli baru mesti faham dan bersetuju terlebih dahulu sebelum penyertaan mereka di terima

2. Pembelian produk, perkhidmatan atau harta tidak ketara atau bayaran minimum atau kehendak jualan secara berwajib dikenakan sebagai syarat untuk memenuhi kehendak kelayakan atau kehendak permulaan bagi penyertaan atau pampasan dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid.

Dalam Hypro mmg kena beli dulu produk b4 layak utk jadi reseller. Tujuannya, supaya kita tahu nak expalian kegunaan produk,kelebihan dan sebagainya hingga lah produk tu terjual. reseller diberi kebebasan sepenuhnya utk memilih,tidak terikat dgn masa utk dpt bonus. Rulenya hanya satu, anda jual anda dapat komisen. Cuma dlm Hypro,komisennya 100%...

3. Peserta dikehendaki membeli produk, perkhidmatan atau harta tidak ketara dalam amaun yang tidak munasabah yang melebihi jangkaan untuk dijual semula atau dibeli dalam suatu tempoh masa yang munasabah. Peserta tidak diberi kebebasan sepenuhnya dalam pembelian tetapi mereka didesak membeli pakej produk terpilih untuk memenuhi kehendak jualan untuk melayakkan mereka mendapat kedudukan atau bonus dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid.

Harga sistem Bulk SMS HyPro adalah sangat munasabah, bermula RM250 dan paling tinggi pun RM1000. Walaupun ada segelintir ahli yang mengadakan strategi modal lebih dari ini, syarikat akan meminta pandangan dari KPDNKK terlebih dahlulu tentang isu ni sama ada boleh di teruskan atau tidak.

4. Polisi bayar produk, perkhidmatan atau harta tidak ketara yang dibeli oleh peserta atau pengguna tidak disediakan.

5. Polisi beli balik oleh pengendali skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid bagi produk, perkhidmatan atau harta tidak ketara yang mendapat pasaran pada masa ini atas permintaan peserta dalam terma atau perjanjian yang munasabah tidak dibenarkan atau disediakan.

Tiada polisi pembelian balik sebelum ini oleh Hypro kerana komisen telah di bayar 100% kepada introducer di atas komisen jualan mereka. Syarikat tiada sumber kewangan lain untuk menampung kos pembelian balik ini. Walau bagaimanapun, satu polisi baru akan cuba di usahakan agar ahli yang ingin mengundurkan diri dapat semula wang mereka mengikut syarat-syarat yang akan di perkenalkan

6. Kehendak struktur skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid yang ketat atau tidak munasabah bagi kelayakan peserta untuk diberi pampasan.

Pelan pemasaran HyPro adalah yang sangat munasabah dan senang sekali untuk success jika di bandingkan dengan pesaing. Tiada syarat pangkat, modal besar, jualan terkumpul kumpulan dan individu. Buktinya begitu ramai ahli yang berjaya meraih pendapatan lumayan hasil dari penjualan produk

7. Pengunduran diri oleh peserta daripada skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid tidak dibenarkan.

Semua ahli HyPro di benarkan mengundur diri dan aktif semula bila bila masa yang mereka kehendaki cuma tiada polisi pemulangan wang kerana komisen telah di bayar 100% kepada intoducer di atas komisen jualan mereka

8. Peserta dibenarkan atau digalakkan untuk membeli lebih daripada satu kedudukan atau hak untuk menyertai skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid.

Mengikut dari perkembangan terbaru ini, kemungkinan peraturan baru dalam pendaftaran ahli akan di perkenalkan iaitu satu no kad pengenalan hanya terhad untuk satu pakej sahaja

0 comments:

Post a Comment

Name:
Hp No.
Email Address:
Yahoo Messenger
Address

This online form was provided by Freedback.